Jun 6, 2012

Kehidupan, Pekerjaan, Tugas, Pangkat dan Tanggungjawab

Aku lulusan Diploma dalam Bidang Elektrik.
Pengalaman kerja aku bermacam. Ada masa senang/relex ada masa gago/busy dan ada masa aku rasa rindok/gembira. Orang berkerja untuk menampung kos kehidupan dan menjamin masa depan anak-anak serta keluarga dengan menyediakan yang terbaik kepada sidak. Tapi kadang kala aku rasa aku kerja bukan untuk kehidupan tapi kehidupan untuk kerja. Nak kah terbalit ya. Sebab ya kadang-kadang aku rasa kurang semangat dan bermaya.

Tapi dengan mujuk dirik pun dan anggap kerja ya sebagai ibadat dalam mendapat keredhaan Allah, aku rasa kembali bersemangat walaupun dalam keadaan terpaksa. Bak kata ustaz Azhar Idrus, Paksalah diri beribadat kerana kelak akan merasai nikmat ibadat justeru gembira melakukannya.

Sebagai lulusan Diploma aku mulanya bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat di Ibu Negara. Kerja molah CCTV dan Auto system ari-ari. Bagi aku, aku seronok kerja ya, walaupun lelah dan gaji sik setimpal dengan kerja. Tapi masa ya best sebab aku dapat molah apa benda yang aku minat.


Setelah setengah tahun aku bekerja, aku dapat tawaran melanjutkan ijazah dalam bidang elektrik juak. Aku mendaftar seperti pelajar biasa dan setelah 3 minggu belajar, aku sik dapat fokus sebab bermacam-macam masalah di sekeliling aku. Kemuncak kepada kisah ya, aku terpaksa balit kampung bila mak aku time ya dah tenat gilak. Bila ada di kampung baru aku dapat rasakan apa sebenarnya masalah time ya.

Aku molah keputusan menangguh dolok pengajian aku atas kekangan masalah mek orang ya. Walaupun ramei yang sik setuju, tapi ya lah pendirian aku. Dari aku jadi bebanan orang, sekurang-kurangnya aku sik membebankan walaupun sik dapat membantu.

Aku berhijrah ke Kuching untuk mendapatkan pekerjaan. Alhamdulillah rezeki ya lebih mudah bila berhijrah. Aku cuma menunggu 3 minggu ajak sebelum di tunggah interview oleh syarikat Naim Cendera Sdn Bhd. Aku pun sik sangka dapat kerja ya, sebab ramei gilak orang interview masa ya, sedangkan Naim nak ngambik 2 orang ajak. Ada orang madah aku makei nama Dato Hasmi masuk, sedangkan Dato Hasmi pun sik tauk aku interview sia, malah nya sik kenal pun aku sapa mun ku sik madah nama bapak. Cuma selepas 6 bulan kerja baru aku jumpa Dato Hasmi madah aku tuk org Bintangor, anak Cikgu Daud. Baru nya terkejut lalu madah kenak sik madah nya. Mun sik senang keja opis jak.

Hrmm...bagi aku bagus aku berdiri di atas kaki aku pun walaupun terpaksa bersusah payah berpanas berhujan. Tugas aku di Naim ada 2, mula jadi perunding atas nama Malca untuk molah inspection M&E. Sik lamak lepas ya di pindah ke Naim side sebagai site supervisor. Time ya lah aku kenal member-member aku kinek tuk, Azman, Asri, Dzul, Hatta, Kamal, Dayang, Eaton dan lain-lain.

Tugas aku di sia adalah mempastikan segala kerja dalam bidang M&E berjalan lancar dan mengikut jadual. Ngator jadual kontraktor molah fire fighting pipe, molah telephone manhole, masang underground cable, masang lampu jalan, masang pipe wayar dalam dinding dan macam2 gik. Yang paling ku sik lupa time ya, meeter reader pun kerja aku juak. Bila dah setahun aku kerja di sia, aku dah mula menggorak langkah dalam berfikiran secara business minded.

Bergaul dengan senior dan cuba dapatkan kompensi dari EIU, ya langkah pertama aku. Lepas ya aku mula ambik sub molah kerja-kerja dalam site yang aku jaga ya. Masang tiang api belian, molah internal wiring untuk 2 buah projek. Time ya nang ada manis pahit nya yang aku tempuh. Tapi outcome nya, aku semakin pandei berfikir dan berusaha nambah pendapatan. Sampei satu hari pada tahun 2007 aku bertemu dengan seorang *********** dan nya mukak line business ngan aku. Aku di tawar molah business secara direct award LPO. Rindok molah business ya, kerja 4 hari ajak dapat income aku kerja sampei 4 bulan. Best nak.
Tapi dajjal sik dajjal, aku pun dapat 27% jak dari amount ya. Penat lelah, buah fikiran macam sik terbayar ajak bila di polah macam ya. Sebelum aku start dengan business ya, aku telah meletak jawatan dari Naim Cendera. Dengan harapan business ya starting point aku molah business kedirik.

Bila aku dah dapat bayaran kerja aku ya tek, aku terus dalam dunia perniagaan aku dalam bidang komputer di sarikei. Mula menyewa di pusat Giat Mara Sarikei aku terus menjalankan business dengan menjual komputer secara demand and sale. Secara sambilan juak aku molah wiring untuk rumah-rumah orang kampung dan pejabat kerajaan. Nang survival lah aku time ya. Ada yang best dan ada yang terlalu pahit. Nak di kongsi cerita, sampei aku molah design dan tuan rumah bersetuju dengan harga aku,

No comments:

Post a Comment