Jul 27, 2009

Pakej Rangsangan Ekonomi...Antara Pro dan Kontra...

Semua sedia maklum, ekonomi dunia sekarang mengalami masalah kegawatan yang amat teruk dalam sejarah. Bermula dari isu sub prima di amerika syarikat di mana implikasi kemudahan pinjaman kewangan yang menjerat kuasa ekonomi itu sendiri lantas menheret dunia lain seluruhnya mengalami nasib yang sama. Tidak terkecuali negara Malaysia tercinta ini juga merasai kesan masalah tersebut lantas perdana menteri pada masa itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun Abdullah), mengumumkan pakej rangsangan ekonomi fasa pertama bernilai beberapa RM Billion sahaja. Tujuan pakej tersebut dilancarkan adalah untuk mengiatkan aktiviti perniagaan dan memastikan transaksi perniagaan berjalan seperti biasa impak daripada masalah ekonomi dunia. Pada pakej tersebut sebanyak RM250 Juta di peruntukan bagi projek membaikpulih dan menaiktaraf kemudahan polis di seluruh negara. Syarikat di mana tempat saya bekerja juga tidak ketinggalan dalam menjayakan hasrat kerajaan itu. Bermula daripada niat baik dari pihak kerajaan sehingga sekarang di mana kebanyakan projek tersebut hampir siap, saya telah membuat penilaian tentang perlaksanaan pakej rangsangan tersebut.

Pada peringkat permulaan, Syarikat saya menolak tawaran projek tersebut memandangkan kadar kerja dan bayaran projek tersebut tidaklah setimpal dengan apa yang di lakuakan. Setelah mengambil kira repotasi syarikat di mata kementerian keselamatan dalam negeri (KDN), akhirnya pengurus syarikat tempat saya bekerja bersetuju menerima projek tersebut. Yang amat membebankan, bermula dari tarikh setuju terima sehingga ke hari pertama projek dijalankan, syarikat kami hanya ada 24 jam untuk merancang perjalan kerja. Pada hari seterunya kami di bahagikan kepada 4 buah kumpulan dan membuat lawatan ke tapak projek yang ada dalam senarai.

Dengan masa di berikan hanya 4 hari dan minggu seterusnya membentangkan hasil kerja kepada KDN di Putera Jaya, kami menyenaraikan cadangan pembaikan dan naik taraf. Jujur saya katakan, masa tersebut tidak cukup untuk mengenal pasti masalah sebenar yang berlaku. Setelah kembali ke pejabat setelah lawatan tapak, kami terpaksa pula menyediakan laporan, cadangan dan di sertakan juga jumlah buget yang di perlukan untuk di bentangkan kepada pihak KDN. Ketika cadangan di bentangkan, banyak perkara yang utama dan penting di potong. Apabila berdepan kembali dengan pihak polis, kami di persalahkan kerana permintaan mereka di abaikan. Kami beranggapan perkara tersebut adalah lumrah dalam melakukan tugas. Setelah kontraktor di lantik, kerja-kerja mula di laksanakan. Pihak KDN sama sekali tidak membenarkan apa-apa penambahan kos kerja. Adalah mustahil kerja-kerja yang di rancang dalam masa yang singkat dapat menyelesaikan masalah dihadapi dengan sempurna...(bersambung)

Jul 16, 2009

Traveling...

Masuk minggu tok, dah hampir 4 minggu dah aku traveling ajak-ajak. Ada kalanya aku rasa best, rasa sik best ada juak dan yang paling sakit bila rasa terlalu penat setelah berjalan seharian. Pabila kita traveling tok makna nya Boss merik kepercayaan kepada kita untuk menjalankan tugas dan mewakili syarikat bertemu client, kontraktor mahupun orang awam. kadang kala bingong juak pabila kita perlu buat keputusan on site dan on time. Mun di office ada juak masa nak belek-belek buku nangga spec dan requirement. Tapi mun di site kita berdepan banyak perkara. Antaranya tekakan dari kontraktor dan client. Selain ya juak kalau setakat pandai membuat keputusan on site sik cukup juak. Yang penting keputusan on site ya dapat menyelesaikan masalah di site dengan segera tepat dan betul serta sik lari dari spec dan kehendak asal. Sebab ya lah kadang-kadang aku selalu termenung mikir balit keputusan yang aku polah on site. Tapi setakat tok alhamdulillah berbekal sikit pengalaman dan nasihat ringkas dari boss apa-apa keputusan yang di buat on site betul dan sik ada perkara berbangkit.


Pasal kontraktor tok sigek hal agik. Maklumlah ada lebih dari 50 site yang aku jaga. Setiap satu nya kontraktor yang berbeza-beza dan semestinya sik sama perangei. Ada kontraktor yang okey dari segi kerja tapi sik pandei nak berinteraksi ngan aku dan client. Ada juak yang keja sik berapa tapi entertain lebih-lebih. Ada sebahagian nya juak pa bila di suruh baca spec sik tauk apa, tapi pabila di berik tukul gergaji...pandei siap kejanya. Ngekot Spec gik ya. Macamni-macamni pun sidak aku agik boleh juak lah berkerjasama ngan sidak. Satu jak yang aku paling anti dengan kontraktor di site tok...Sik da permintaan mahupun sindiran..tiba tiba jak tangan masuk debah meja nyurung palak agong. Nak kata mereject kerjanya pun sik ada. Dek-dek gik nak nulong ngurang spec. Kadang-kadang aku tersepit juak bila nak nolak benda ya. Tapi yalah tek, tetap juak ingat tuhan dan tugas terpaksa juak tegaskan diri walaupun palak agung yan bertulis 50 sampei 10 keping. Alhamdulillah lah Allah kuatkan juak hati aku masa ya. Setelah selalu berdepan dengan perkara macam ya, aku molah kesimpulan tentang apa yang aku hadapi ya dah jadi satu adat dalam urusan perniagaan berkaitan hal projek dan tender seperti tok. Setakat ya jaklah perkongsian skali tok dolok.. ada kemampuan gik kelak aku nyambung agik.