Jul 27, 2009

Pakej Rangsangan Ekonomi...Antara Pro dan Kontra...

Semua sedia maklum, ekonomi dunia sekarang mengalami masalah kegawatan yang amat teruk dalam sejarah. Bermula dari isu sub prima di amerika syarikat di mana implikasi kemudahan pinjaman kewangan yang menjerat kuasa ekonomi itu sendiri lantas menheret dunia lain seluruhnya mengalami nasib yang sama. Tidak terkecuali negara Malaysia tercinta ini juga merasai kesan masalah tersebut lantas perdana menteri pada masa itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun Abdullah), mengumumkan pakej rangsangan ekonomi fasa pertama bernilai beberapa RM Billion sahaja. Tujuan pakej tersebut dilancarkan adalah untuk mengiatkan aktiviti perniagaan dan memastikan transaksi perniagaan berjalan seperti biasa impak daripada masalah ekonomi dunia. Pada pakej tersebut sebanyak RM250 Juta di peruntukan bagi projek membaikpulih dan menaiktaraf kemudahan polis di seluruh negara. Syarikat di mana tempat saya bekerja juga tidak ketinggalan dalam menjayakan hasrat kerajaan itu. Bermula daripada niat baik dari pihak kerajaan sehingga sekarang di mana kebanyakan projek tersebut hampir siap, saya telah membuat penilaian tentang perlaksanaan pakej rangsangan tersebut.

Pada peringkat permulaan, Syarikat saya menolak tawaran projek tersebut memandangkan kadar kerja dan bayaran projek tersebut tidaklah setimpal dengan apa yang di lakuakan. Setelah mengambil kira repotasi syarikat di mata kementerian keselamatan dalam negeri (KDN), akhirnya pengurus syarikat tempat saya bekerja bersetuju menerima projek tersebut. Yang amat membebankan, bermula dari tarikh setuju terima sehingga ke hari pertama projek dijalankan, syarikat kami hanya ada 24 jam untuk merancang perjalan kerja. Pada hari seterunya kami di bahagikan kepada 4 buah kumpulan dan membuat lawatan ke tapak projek yang ada dalam senarai.

Dengan masa di berikan hanya 4 hari dan minggu seterusnya membentangkan hasil kerja kepada KDN di Putera Jaya, kami menyenaraikan cadangan pembaikan dan naik taraf. Jujur saya katakan, masa tersebut tidak cukup untuk mengenal pasti masalah sebenar yang berlaku. Setelah kembali ke pejabat setelah lawatan tapak, kami terpaksa pula menyediakan laporan, cadangan dan di sertakan juga jumlah buget yang di perlukan untuk di bentangkan kepada pihak KDN. Ketika cadangan di bentangkan, banyak perkara yang utama dan penting di potong. Apabila berdepan kembali dengan pihak polis, kami di persalahkan kerana permintaan mereka di abaikan. Kami beranggapan perkara tersebut adalah lumrah dalam melakukan tugas. Setelah kontraktor di lantik, kerja-kerja mula di laksanakan. Pihak KDN sama sekali tidak membenarkan apa-apa penambahan kos kerja. Adalah mustahil kerja-kerja yang di rancang dalam masa yang singkat dapat menyelesaikan masalah dihadapi dengan sempurna...(bersambung)

No comments:

Post a Comment