Nov 12, 2009

Belia Perlu di Bimbing...Bukan Di Sekat...

Saya teringat kata-kata mutiara yang di sedut dari Radio Malaysia Sarawak, "Orang Tua Kaya Dengan Pengalaman...Orang Muda Kaya Dengan Impian". Kata-kata yang ringkas tetapi tepat dan padat maknanya. Melihat kepada apa yang berlaku di sekeliling saya khususnya di kampung saya Bintangor, pekara ini telah menjadi suatu tanda tanya dan halangan besar dalam membimbing belia setempat. Bintangor kaya dengan pemimpin politik hebat, usahawan yang berjaya dan juga ilmuan yang terbilang. Tetapi bila melihat sendiri keadaan kampung pada masa sekarang, seolah-olah tiada yang hebat berasal dari kampung ini. Belia yang tiada bimbingan dan hala tuju. Tidak tahu masa depan malah tidak kurang juga yang terkandas dalam pelajaran. Malah yang lebih menyedikan lagi ada juga beberapa orang belia kita merengkok di dalam penjara lebih dari 10 tahun akibat bermacam-macam kesalahan.

Sebagai anak watan tempatan saya amat malu apabila melihat kemajuan yang di capai oleh bangsa cina dan iban di kawasan bintangor. Organisasi sosial mereka amat kuat malah di tunjangi cerdik pandai yang terdiri dari berbagai-bagai latar belakang kemahiran dan pendidikan. Perancangan dan aktiviti sosial yang di rancang ternyata mendatangkan impak positif terhadap kemajuan golongan sasaran. Kita bangga melaungkan 1 Malaysia...Tetapi mereka sudah mula mengecapi dan menjayakan agenda 1 Malaysia. Berbalik kepada masyarakat kita sendiri, berapa ramai antara kita telah mencuba mengiatkan diri dalam agenda pembangunan belia kampung. Jika sudah, Tahniah!!!. anda akan mudah faham dengan apa yang saya ingin sampaikan. Di kampung Bintangor sahaja terdapat lebih dari 5 buah persatuan yang mendapat peruntukan dari kerajaan untuk tujuan kemajuan masyarakat kampung. Saya tidak nafikan persatuan-persatuan ini ada mengadakan program untuk masyarakat, tetapi adakah cukup dengan program karaoke, dan beberapa aktiviti sukan bermusim dalam membantu masyarakat kampung ke arah kemajuan. Tiadakah aktiviti yang lebih bersifat membina dan mewujudkan kesedaran di kalangan belia.

Saya tertarik dengan ucapan Perdana Menteri kita baru-baru ini yang mana beliau ada menyebut mengenai pembangunan desa. Menurut amanat yang di sampaikan beliau, pembangunan desa perlu dilakuan bukan sahaja oleh masyarakat yang tinggal di desa tersebut, malah perlu di sertai oleh sesiapa sahaja yang boleh menyumbang sesuatu untuk kebaikan kampung apatah lagi berasal dari kawasan tersebut juga. Bagi yang mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu bolehlah menghulurkan bantuan dari apa jua segi terutama yang berkaitan dengan bidang yang di ceburi. (bsmbg...)

No comments:

Post a Comment