Jun 15, 2009

Mencari-Cari Makna Kehidupan



Hari Isnin 15-Jun-2009 Jam 9.00AM.


Seperti biasa saya memulakan rutim kehidupan saya dengan memandu kereta ke Tapak Projek ( Pembinaan Pengkalan Polis Marin Wilayah Sarawak di Muara Tebas ). Kadang-kadang saya bersemangat untuk memulakan tugasan saya dan kadang kala saya tertanya-tanya apakah tujuan dan matlamat saya melakuakan perkara tersebut. Masih segar di ingatan saya pesan Utz Zamri di masa sekolah rendah dulu, ' Kerja kerana Allah". Dari itu saya cuba mengaitkan pekerjaan saya dan keikhlasan kerana Allah. Tapi biasalah sebagai seorang manusia saya tak lepas dari sikap mudah lupa. Implikasi dari lupa itulah yang membuatkan saya tidak bersemangat memulakan tugasan harian.


Pasal mengaitkan kerja dengan keikhlasan kerana Allah. Memang setiap orang tahu word ini. Tapi adakah semua orang tahu bagaimana melakukannya. Tidak segan silu saya katakan..saya masih mencari-cari cara mencapai matlamat tersebut. Saya ada terbaca satu buku yang saya perolehi dari sepupu saya (Edjam Usu Awei). Buku tersebut berjudul ESQ. Sepanjang pembacaan saya, saya di hidangkan dengan pelbagai teori..hujah..dan dalil dari Quran dan Hadis. Mengenai ESQ ini , ia sebenarnya adalah satu kursus motivasi yang berasal dari kepulauan Jawa Indonesia. Salah seorang kawan saya (Hj. Asri) telah berpeluang mengahadiri kursus ini yang di adakan di Holiday Inn kuching beberapa minggu lepas. Beliau ada mengupas sedikit mengenai pengalaman beliau sepanjang kursus tersebut di dalam blog beliau. http://kitabkehidupan.blogspot.com/


Hasil dari pembacaan tersebut saya serba sedikit faham akan makna kehidupan, matlamat kehidupan dan bagaimana kita merasakan segala apa yang kita lakukan setiap masa adalah kerana Allah S.W.T. Walaubagaimanapun, kita sebagai manusia tidak dapat lari sikap Pelupa. Kita perlu selalu di ingatkan dan mengingatkan diri kita sendiri mengenai hal-hal seperti ini. Oleh itu sekurang-kurangnya kita mempunyai kawan yang mampu menegur kita dan mengingatkan andai terlalai. Selain itu bolehlah jinak-jinak kan diri ke masjid atau pun surau berhampiran bukan setakat untuk bersolat, tetapi juga untuk mendengar tazkirah dan ilmu agama.

No comments:

Post a Comment